Saturday, June 5, 2010

remaja dan couple

assalamualaikum...

terime kasih untuk yg sudi singgah
kalau rajin komen2 la..,kite kongsi idea..
malam ni,aku nak kongsi dengan korang pasal couple??

budak sekolah kalau taktau perkataan ni,memang tipu r..
hehehe,mesti tau jugak kan?tau tapi tak buat takpe..
jangan buat yek?
fikir masa depan korang dengan susah payah ibuayah kite dulu,ok??
cinta-cinta..couple-couple ni buang dulu jauh dalam
fikiran dan hati korang..

masa ni la korang nak cari siapa korang?matlamat hidup korang,
nak balas jasa ibuayah korang,nak ambik masa hangout dengan kawan-kawan...
bile lagi an??
tak payah couple-couple ni, kenapa??

formula aku..,

*couple+dating+zina hati,mata,telinga=tambah dosa kering..



hahh!
tulah bila couple..bila lelaki dan perempuan berdua2an,mesti ada syaitan jadi peneman..
sebab tu la makin hari makin ramai anak luar nikah lahir..
anak-anak yang tak bersalah jadi mangsa..yang hidup dihina..yang mati terseksa..

jangan risau,tak semestinye bila kite tak couple..kite tak dapat cari calon untuk dijadikan teman hidup..
kalau korang ada cantik luar dan dalam,tak cantik tapi dalam..masyaALLAH..
cantiknye tak terkata,insyaALLAH..akan ade yang terbaik untuk korang..
"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.."

kalau ade lagi kat luar sana yang pasang niat nak bercinta sebelum nikah tu..,
ni untuk korang,

"sesiapa yang jatuh cinta,kemudian menyembunyikannya
sehingga kematian datang menjemputnya,maka dia adalah seorang yang
syahid"-(riwayat Al-Dailami)


untuk muslimah-muslimah..,

"wahai wanita,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana
itu ,tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan atau lirikan senyuman,
pada bicara yang menggoda atau pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan
imannya.Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita..andai belum sampai
jodohmu,anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah
kepimpinannya bagi memimpin dirimu.Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangan
dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk
melengkapkan kekuranganmu.."

wanita itu,





ok,
aku rase cukup kot untuk malam ni..

p/s:
entri ni tidak ada kena mengena dengan yang hidup,telah hidup ataupun masih mati..
entri ni aku taip,untuk peringatan untuk semua yang bace dan jugak diri aku
sendiri...

apepun kalau entri ni membuatkan ade antara kita terase hati,aku mintak maaf dari ujung
rambut sampai ujung kaki..kalau korang ade pandangan korang sendiri,sudilah kiranya
kite konsgsi-kongsi kat sini,ok?terime kasih..

assalamualaikum

sekali lagi,maaf semua..

0 comments: